Rawatan Dahlia Clinic

Rawatan Kulit

Kulit Muka Bermasalah? Kami Bantu Selesaikan Masalah Kulit Anda Dengan Rawatan Klinikal Yang Selamat.

Di Klinik Vista, kami tidak sekadar buat rawatan biasa. Setiap pesakit akan dinilai oleh doktor bertauliah untuk mengenalpasti jenis kulit, punca sebenar masalah, dan rawatan paling sesuai secara perubatan bukan sekadar kosmetik. Ramai orang alami masalah kulit muka seperti:

✅ Eczema, kulit gatal dan alergik
✅ Kulit berminyak atau kering melampau
✅ Parut jerawat & parut berlubang
✅ Ruam, alergi dan reaksi sensitif
✅ Jangkitan kulit bakteria atau kulat
✅ Kulit kusam & tona tak sekata

Masalah kulit bukan sekadar isu penampilan. Ia boleh ganggu emosi dan keyakinan diri, terutamanya bila kita rasa dah cuba macam-macam tapi tak berkesan.

Kenapa Ramai Pesakit Berpuas Hati?

Setiap pesakit akan melalui proses pemeriksaan fizikal dan penilaian klinikal. Rawatan akan disesuaikan ikut tahap sakit dan punca masalah.

✅ Doktor bertauliah & berpengalaman
✅ Penilaian kulit secara klinikal
✅ Rawatan selamat & tidak menyakitkan
✅ Produk & ubat berdaftar KKM
✅ Tidak perlu beli produk yang tidak perlu
✅ Harga rawatan yang mampu milik

Kami tak terus bagi ubat tahan sakit semata-mata tapi cari punca, dan bantu rawat dari akar masalah.

Allergy Blood Test (IgE)

Ujian darah IgE digunakan untuk mengesan tahap antibodi IgE yang tinggi, yang biasanya dikaitkan dengan alahan. Ia membantu mengenal pasti punca alergi kulit seperti makanan, habuk, debunga, atau bahan kimia tertentu. Keputusan ujian membolehkan rawatan dan pencegahan yang lebih tepat.

Skin Scraping Culture & Sensitivity

Skin scraping adalah prosedur mengambil sampel kulit untuk diuji di makmal. Ujian ini membantu mengenal pasti jangkitan kulit seperti kulat, bakteria, atau parasit, serta menentukan ubat yang paling berkesan (sensitivity test) bagi rawatan yang tepat.

Skin Biopsy

Skin biopsy adalah prosedur mengambil sebahagian kecil kulit untuk pemeriksaan mikroskopik. Ia digunakan untuk mendiagnos pelbagai masalah kulit termasuk kanser kulit, keradangan kronik, atau penyakit kulit jarang berlaku. Prosedur ini dilakukan dengan bius setempat dan selamat.

Eczema & Psoriasis Management

Rawatan eczema dan psoriasis merangkumi penggunaan krim perubatan, ubat anti-radang, fototerapi, dan nasihat penjagaan kulit. Matlamat rawatan adalah mengurangkan keradangan, gatal, dan mencegah flare-up untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Fungal Dermatitis & Contact Dermatitis

Fungal dermatitis dirawat menggunakan ubat antikulat topikal atau oral untuk menghapuskan jangkitan kulat. Contact dermatitis pula dirawat dengan mengelakkan punca alahan atau iritasi, serta penggunaan krim anti-radang. Kedua-duanya memerlukan diagnosis tepat bagi mengelakkan masalah berulang.
Jangan Biarkan Masalah Ini Berlarutan

Hubungi Kami

"Healthcare that feels like family"
Alamat Klinik:
No 9, Jalan Chengal Baru 6, Pusat Perniagaan Chengal, 28000 Temerloh, Pahang
(Terletak di seberang Domino’s Pizza Chengal)
Waktu Operasi
Klinik:
Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
8:00am - 10:00pm
Estetik & Spa:
Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
10:00am - 6:30pm
Hubungi Kami:
Klinik : 011-5678 4934
Estetik & Spa : 011-5686 6560
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Dahlia Clinic Temerloh