Masalah seperti tahi lalat besar, ketuat, biji kolesterol, atau ketulan kulit lain yang tidak normal boleh mengganggu penampilan dan kadangkala menyebabkan rasa tak selesa. Jika dibiarkan, sesetengah daripadanya boleh membesar atau terdedah kepada risiko jangkitan.
Di Dahlia Clinic, kami menyediakan Rawatan Pembedahan Kecil yang selamat, cepat dan dilakukan oleh doktor berpengalaman, terus di klinik – tanpa perlu masuk hospital atau tunggu lama.
Pembedahan kecil (minor surgery) ialah prosedur tanpa perlu bius penuh atau kemasukan ke hospital. Ia dilakukan secara rawatan pesakit luar (outpatient) di klinik kami.
Antara prosedur yang kami tawarkan:
✅ Buang tahi lalat (mole removal) – untuk estetik atau bila berisiko bertukar menjadi bahaya
✅ Buang ketuat (wart removal) – disebabkan virus HPV dan mudah berjangkit
✅ Buang biji kolesterol (xanthelasma) – ketulan kekuningan yang muncul sekitar mata
✅ Buang skin tag & ketulan kecil lain
✅ Rawatan abses kecil & benjolan berisi nanah
✅ Lump removal (benjolan bawah kulit) – untuk diagnosa awal