Ramai lelaki di Malaysia mengalami masalah mati pucuk atau dikenali sebagai Erectile Dysfunction (ED), tetapi malu untuk dapatkan rawatan. Jangan risau, anda tidak keseorangan — dan kami di Dahlia Clinic sedia membantu secara sulit, profesional dan berkesan.
Masalah ini boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor:
Tekanan kerja & emosi
Kencing manis & darah tinggi
Kolesterol tinggi atau gaya hidup tidak sihat
Kesan sampingan ubat
Dengan rawatan mati pucuk yang betul, ramai lelaki telah kembali menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama isteri.
Kami akan melakukan pemeriksaan asas & penilaian kesihatan terlebih dahulu. Kemudian, doktor akan mencadangkan rawatan yang sesuai mengikut keadaan anda seperti:
Ubat oral yang selamat
Terapi hormon (jika perlu)
Cadangan gaya hidup sihat
Rawatan susulan jika perlu
Setiap kes adalah berbeza, jadi rawatan akan disesuaikan khas untuk anda.