Oleh Dr Dahlia Hazirah binti Jaafar
Pernah tak anda perasan ada biji kuning kecil yang timbul di kawasan kelopak mata, tepi hidung, atau pipi? Kadang-kadang tak sakit, tapi makin lama makin besar β dan nampak agak mengganggu penampilan.
Itulah yang dikenali sebagai biji kolesterol, atau dalam istilah perubatan, xanthelasma.
Xanthelasma ialah timbunan lemak berwarna kekuningan di bawah permukaan kulit, biasanya berlaku di kawasan:
Ia tidak menyakitkan, tapi kadang-kadang boleh mengganggu penglihatan jika besar. Yang penting β ia mungkin tanda kolesterol tinggi dalam darah.
Biji kolesterol terbentuk bila lemak dalam darah (terutamanya kolesterol LDL) terkumpul di bawah kulit.
Antara faktor risikonya:
β
Paras kolesterol tinggi
β
Penyakit metabolik (seperti diabetes)
β
Tekanan darah tinggi
β
Gaya hidup sedentari & diet tinggi lemak tepu
β
Keturunan (genetik)
Walaupun ada juga kes yang kolesterol darah normal, xanthelasma tetap boleh berlaku β sebab itu pemeriksaan tetap penting.
Dari segi fizikal: tidak bahaya atau berjangkit.
Tapi dari segi kesihatan dalaman:
β‘ Ia boleh jadi petanda awal risiko sakit jantung atau strok jika paras kolesterol tidak dikawal.
Biji kolesterol tidak boleh hilang sendiri. Jika anda ingin rawatan, ini antara pilihan di klinik:
βBiji kolesterol mungkin kecil, tapi ia petanda besar tentang apa yang berlaku dalam tubuh anda. Rawat luaran, jaga dalaman.β
Dr Dahlia Hazirah binti Jaafar
Doktor Perubatan & Estetik
Dahlia Clinic
π βCantik di luar, sihat di dalam.β