Oleh Dr Dahlia Hazirah binti Jaafar
Tahi lalat, atau dalam istilah perubatan disebut nevus, adalah perkara biasa pada kulit manusia. Tetapi bila pesakit datang dan tanya,
“Doktor, tahi lalat saya ni hidup ke? Bahaya tak?”
…soalan ini bukan main-main. Sebabnya, ada tanda-tanda pada tahi lalat yang boleh jadi petunjuk awal kepada kanser kulit.
Dalam masyarakat kita, istilah “tahi lalat hidup” biasanya merujuk kepada tahi lalat yang:
Walaupun tak semua tahi lalat hidup itu berbahaya, ciri-ciri ini perlu diperiksa oleh doktor untuk pastikan ia bukan tanda awal kepada masalah yang lebih serius — seperti melanoma, sejenis kanser kulit yang jarang tapi boleh meragut nyawa.
Kalau ada satu pun ciri ini, jangan tunggu — terus jumpa doktor untuk pemeriksaan.
✔ Jika tahi lalat itu normal & tak mengganggu — boleh dibiarkan
✔ Jika ada ciri mencurigakan — doktor akan buat biopsi (ambil sampel untuk ujian makmal)
✔ Jika atas faktor kosmetik — boleh dibuang secara laser, cautery atau minor surgery, bergantung pada saiz & lokasi
Di klinik estetik perubatan, prosedur ini dilakukan secara selamat, steril, dan dengan kawalan parut yang minimum.
❌ “Tak boleh buang, nanti merebak.”
→ Salah! Kalau dibuang dengan teknik betul oleh doktor, ia tidak merebak.
❌ “Tahi lalat dekat mulut/pipi petanda rezeki.”
→ Ini kepercayaan tradisional. Dari sudut perubatan, kita nilai dari faktor kesihatan, bukan lokasi.
“Tak semua tahi lalat itu berbahaya. Tapi kalau ia berubah — lebih baik periksa awal daripada menyesal kemudian.”
Kesihatan kulit adalah pelaburan jangka panjang. Jangan malu untuk tanya atau periksa.
Dr Dahlia Hazirah binti Jaafar
Doktor Perubatan & Estetik
Dahlia Clinic
✨ “Kulit sihat, keyakinan meningkat.”