Rawatan Dahlia Clinic

Rawatan Pembedahan Kecil (Minor Surgery)

Tak Selesa Dengan Ketulan Kulit Yang Mengganggu? Buang Terus Dengan Selamat Di Klinik

Masalah seperti tahi lalat besar, ketuat, biji kolesterol, atau ketulan kulit lain yang tidak normal boleh mengganggu penampilan dan kadangkala menyebabkan rasa tak selesa. Jika dibiarkan, sesetengah daripadanya boleh membesar atau terdedah kepada risiko jangkitan.

Di Dahlia Clinic, kami menyediakan Rawatan Pembedahan Kecil yang selamat, cepat dan dilakukan oleh doktor berpengalaman, terus di klinik – tanpa perlu masuk hospital atau tunggu lama.

Apa Itu Rawatan Pembedahan Kecil?

Pembedahan kecil (minor surgery) ialah prosedur tanpa perlu bius penuh atau kemasukan ke hospital. Ia dilakukan secara rawatan pesakit luar (outpatient) di klinik kami.

Antara prosedur yang kami tawarkan:

Buang tahi lalat (mole removal) – untuk estetik atau bila berisiko bertukar menjadi bahaya
Buang ketuat (wart removal) – disebabkan virus HPV dan mudah berjangkit
Buang biji kolesterol (xanthelasma) – ketulan kekuningan yang muncul sekitar mata
Buang skin tag & ketulan kecil lain
Rawatan abses kecil & benjolan berisi nanah
Lump removal (benjolan bawah kulit) – untuk diagnosa awal

Ingrown Toenail Removal

Prosedur ini dilakukan untuk membuang bahagian kuku yang tumbuh masuk ke dalam kulit, menyebabkan sakit, bengkak, dan jangkitan. Rawatan dilakukan dengan bius setempat, cepat, dan membantu mencegah masalah berulang.

Lipoma Removal

Lipoma ialah ketumbuhan lemak yang lembut di bawah kulit. Pembuangannya dilakukan melalui pembedahan kecil dengan bius setempat untuk tujuan estetik atau jika ia menyebabkan ketidakselesaan. Prosedur ini selamat dan biasanya tidak meninggalkan parut besar.

Incision & Drainage

Prosedur ini dilakukan untuk merawat abses atau nanah di bawah kulit. Ia melibatkan pemotongan kecil untuk mengeluarkan nanah, mengurangkan sakit, dan mempercepatkan penyembuhan. Pesakit biasanya diberi ubat antibiotik selepas rawatan.

Mole / Xanthelasma Removal

Pembuangan tahi lalat (mole) atau xanthelasma (tompok kekuningan di kelopak mata) boleh dilakukan menggunakan teknik laser atau pembedahan minor. Rawatan ini biasanya untuk tujuan estetik atau jika ada risiko perubatan.

Skin Tag / Keratosis Removal

Skin tag dan keratosis adalah pertumbuhan kulit yang tidak berbahaya tetapi boleh mengganggu penampilan. Pembuangan dilakukan menggunakan kaedah laser, cautery, atau pembedahan kecil yang cepat dan selamat.
Jangan Biarkan Masalah Ini Berlarutan

Hubungi Kami

"Healthcare that feels like family"
Alamat Klinik:
No 9, Jalan Chengal Baru 6, Pusat Perniagaan Chengal, 28000 Temerloh, Pahang
(Terletak di seberang Domino’s Pizza Chengal)
Waktu Operasi
Klinik:
Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
8:00am - 10:00pm
Estetik & Spa:
Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
10:00am - 6:30pm
Hubungi Kami:
Klinik : 011-5678 4934
Estetik & Spa : 011-5686 6560
Hak Cipta Terpelihara © 2025 Dahlia Clinic Temerloh