Dahlia Spa & Wellness Temerloh

Perkhidmatan Spa Mesra Muslimah

Spa & Wellness di Dahlia Wellness Temerloh

Dahlia Wellness Spa mengetengahkan pengalaman spa yang menyeluruh, gabungan terapi tradisional & moden yang menenangkan tubuh dan menyegarkan minda.

Berinspirasikan alam dan kelembutan wanita, kami percaya bahawa penjagaan diri bukan kemewahan, tetapi satu keperluan.

Dengan suasana spa yang privasi, bersih dan eksklusif untuk wanita, setiap kunjungan ke Dahlia adalah waktu untuk anda kembali seimbang dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Spa & Wellness di Dahlia Wellness

Tradisional & Aromaterapi

  • Deskripsi: Urutan seluruh badan menggunakan teknik tradisional atau minyak aromaterapi.

  • Durasi: 60 / 90 minit

  • Bahan: Minyak pati lavender, serai wangi, limau purut

  • Manfaat: Melegakan keletihan, melancarkan peredaran darah, bantu tidur lebih lena

  • Sesuai Untuk: Wanita bekerja, ibu menyusu, individu stres

  • Pantang Larang: Elak makan berat 1 jam sebelum

  • Soalan Lazim: “Boleh ibu berpantang ambil rawatan ini?” — Ya, selepas 2 minggu bersalin normal.

Foot Massage

  • Deskripsi: Urutan fokus pada titik refleksi tapak kaki

  • Durasi: 30 / 60 minit

  • Manfaat: Bantu penghadaman, kurangkan sakit kepala, lega tekanan

  • Sesuai Untuk: Pesakit resdung, migrain, keletihan kerja

  • Soalan Lazim: “Adakah sakit?” — Tidak, hanya tekanan lembut di titik refleksi.
  • Deskripsi: Terapi kepala dan kulit kepala dengan teknik urutan & stim.

  • Durasi: 45–60 minit

  • Bahan: Hair tonic semulajadi, stim herba

  • Manfaat: Mengurangkan kelemumur, stres, migrain, rambut gugur

  • Sesuai Untuk: Mereka yang sering pakai tudung atau tekanan kerja tinggi

Relaksasi & Pencerahan

  • Deskripsi: Rawatan muka asas untuk kulit kusam & sensitif

  • Durasi: 60 minit

  • Proses: Pembersihan, scrub lembut, urutan wajah, masker, dan serum

  • Manfaat: Menyegarkan kulit wajah, meningkatkan hidrasi & seri

  • Produk: Masker susu beras, serum vitamin C

  • Soalan Lazim: “Ada downtime?” — Tidak, boleh keluar terus selepas rawatan

Luxury Body Buff Scrub & Mask

  • Deskripsi: Skrub badan penuh diikuti mask dan balutan (wrap)

  • Durasi: 90 minit

  • Bahan: Skrub kopi, oat, atau herba halia. Masker beras susu

  • Manfaat: Menanggalkan sel kulit mati, mencerah & melembapkan kulit

  • Sesuai Untuk: Bakal pengantin, wanita selepas bersalin, sesi relaksasi

  • Saranan: Elak mandi 2 jam selepas rawatan agar khasiat terserap

Jacuzzi Aromaterapi & Rendaman Herba

  • Deskripsi: Rendaman air hangat dengan pati herba dan aromaterapi

  • Durasi: 30 minit

  • Manfaat: Detoks tubuh, bantu pemulihan otot, tenangkan sistem saraf

  • Sesuai Untuk: Individu letih fizikal & mental

  • Kemudahan: Jacuzzi peribadi dalam bilik spa tertutup

FACIAL TREATMENTS

MASSAGE THERAPIES

BODY CARE & SPA

HAIR & SCALP CARE

Bilik rawatan privasi khas wanita sahaja

Bilik pasangan (mother/daughter/friends)

Bilik mandi peribadi selepas rawatan

Minuman herba & ruang santai selepas spa

Jacuzzi aromaterapi tertutup

Produk organik & wangi wangian semulajadi

Kelebihan Spa & Wellness Di Dahlia Wellness

Kenapa Anda Perlu Memilih Spa & Wellness Dahlia Wellness Sebagai Pilihan Utama?

  • Di bawah seliaan klinik perubatan, memastikan tahap kebersihan & keselamatan tinggi
  • Mesra wanita & Muslimah. Aurat anda dijaga dengan ruang privasi yang sangat selesa
  • Gabungan rawatan spa + nasihat kesihatan jika perlu (oleh doktor wanita)
  • Harga berpatutan, pakej fleksibel, promosi berkala
  • Suasana seperti rumah sendiri yang tenang, bersih dan tidak sesak

Apa Kata Mereka?

“Head Oasis treatment memang buat saya ketagih. Rambut rasa segar, dan migraine saya pun lega.”

— Sarah, 36 Tahun, Pengurus Sumber Manusia

“Saya rasa benar-benar rileks lepas urutan full body di sini. Bau bilik sangat calming, dan terapis sangat lembut.”

 — Ika, 31 Tahun, Penjawat Awam

Perlukan Bantuan & Tempah Temujanji?

Hubungi Kami

Soalan Lazim Dahlia Spa & Wellness

Adakah rawatan spa sesuai untuk wanita mengandung atau menyusu?
Ya, beberapa rawatan seperti head spa, refleksologi lembut, dan facial relaksasi sesuai untuk ibu hamil atau menyusu. Namun, kami akan buat saringan awal sebelum setiap rawatan untuk pastikan keselamatan.
Perlukah saya mandi dahulu sebelum rawatan spa?
Tidak perlu. Anda boleh datang seperti biasa — kami akan sediakan tuala bersih dan ruang bilik mandi jika perlu selepas rawatan. Untuk scrub dan jacuzzi, kami sarankan mandi selepas rawatan sahaja
Adakah bilik spa disediakan secara privasi?

Ya. Semua rawatan spa dilakukan dalam bilik rawatan wanita sahaja yang privasi, tenang dan bersih.

Berapa awal perlu datang sebelum sesi spa?

Kami sarankan datang sekurang-kurangnya 10–15 minit awal untuk pendaftaran, persediaan dan menikmati minuman sebelum rawatan bermula.

Bolehkah saya bawa anak semasa buat rawatan spa?

Ya, kami menyediakan ruang menunggu yang selesa, tetapi sebaiknya datang tanpa anak kecil untuk pengalaman lebih tenang.

"Healthcare that feels like family"
Alamat Klinik:
No 9, Jalan Chengal Baru 6, Pusat Perniagaan Chengal, 28000 Temerloh, Pahang
(Terletak di seberang Domino’s Pizza Chengal)
Waktu Operasi
Klinik:
Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
8:00am - 10:00pm
Estetik & Spa:
Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
10:00am - 6:30pm
Hubungi Kami:
Klinik : 011-5678 4934
Estetik & Spa : 011-5686 6560
Hak Cipta Terpelihara © 2025 Dahlia Clinic Temerloh