Dahlia Estetika Temerloh

Rawatan Estetik Oleh Doktor Diiktiraf LCP

Estetik di Dahlia Wellness Temerloh

Di Dahlia Wellness, kami percaya bahawa kecantikan bukan sekadar luaran. Ia adalah sebahagian daripada kesejahteraan diri. Fokus rawatan estetik kami adalah untuk membantu anda tampil lebih yakin dengan penekanan pada kecantikan semula jadi, menggunakan teknologi moden yang selamat dan penjagaan berasaskan ilmu perubatan.

Setiap rawatan estetik di Dahlia Wellness dikendalikan atau diselia oleh doktor estetik bertauliah (LCP Certified) bagi memastikan keselamatan, keberkesanan dan etika perubatan dipatuhi sepenuhnya

Rawatan Estetik di Dahlia Wellness

Dark Spot & Acne Scar Treatment

  • Deskripsi & Kegunaan: Untuk pigmentasi (jeragat, bintik hitam), parut jerawat, dan tona tidak sekata.

  • Proses: Konsultasi, sapuan krim kebas, laser 10–15 minit, sapuan penenang selepas rawatan.

  • Sebelum Rawatan: Elak pendedahan matahari 3–5 hari sebelum.

  • Selepas: Kemerahan ringan 1–2 hari, wajib guna sunblock & krim selepas rawatan.

  • Bilangan Sesi: 3–6 sesi untuk hasil optimum.

  • Sesuai Untuk: Kulit kusam, jeragat, parut jerawat. Tidak sesuai untuk ibu hamil.

  • Langkah Keselamatan: Goggles pelindung, mesin dikendalikan doktor bertauliah.

  • Soalan Lazim:

    • Adakah sakit? Hanya sedikit rasa hangat seperti getaran halus.
    • Ada downtime? Sangat minimum, boleh kembali bekerja esoknya.

Platelet Rich Plasma – Skin & Hair Rejuvenation

  • Deskripsi: Menggunakan darah sendiri untuk merangsang pembaharuan kulit atau rambut.

  • Proses: Ambil darah, proses PRP, suntikan mikro ke kulit kepala/wajah.

  • Sebelum: Elakkan ubat pencair darah, konsultasi diperlukan.

  • Selepas: Bengkak ringan/hijau kebiruan 2–3 hari, elak sentuh kawasan suntikan.

  • Bilangan Sesi: 3–4 sesi setiap 4 minggu.

  • Sesuai Untuk: Masalah rambut gugur, kulit kendur, kulit kusam.

  • Langkah Keselamatan: Diselia doktor, alatan steril, tiada risiko alahan.

  • Soalan Lazim:

    • Selamatkah PRP? Ya, sebab guna darah sendiri.
    • Berapa lama nampak hasil? Dalam 3–6 minggu.

Medical Facial

  • Deskripsi: Pembersihan mendalam untuk kulit sensitif, berminyak atau berjerawat.

  • Proses: Pembersihan, steam, extraction, serum infusion, LED light therapy.

  • Sebelum: Tiada persediaan khusus.

  • Selepas: Kulit mungkin sedikit kemerahan, elak make-up 24 jam.

  • Bilangan Sesi: 2–4 minggu sekali.

  • Sesuai Untuk: Semua jenis kulit, termasuk remaja & ibu menyusu.

  • Teknologi: Hydrafacial, LED light.

  • Langkah Keselamatan: Hanya dilakukan oleh terapis terlatih.

  • Soalan Lazim:
    • Adakah menyakitkan? Tidak, sangat relaks.

Cryolipolysis

  • Deskripsi: Kaedah pembekuan lemak tanpa jarum untuk bentuk badan ideal.

  • Proses: Penilaian kawasan, mesin disedut selama 45–60 minit.

  • Sebelum: Elak makan berat 2 jam sebelum.

  • Selepas: Bengkak/lebam ringan 2–3 hari.

  • Bilangan Sesi: 1 kawasan = 1–3 sesi, bergantung pada tebal lemak.

  • Sesuai Untuk: Lemak bawah dagu, perut, peha, lengan. Tidak sesuai untuk ibu hamil.

  • Teknologi: Cryo Medika / Korea CoolTech.

  • Langkah Keselamatan: Patch test awal, alat steril, pemantauan semasa prosedur.

  • Soalan Lazim:

    • Lemak akan hilang terus? Ya, secara berperingkat 4–6 minggu selepas sesi.
    • Adakah menyakitkan? Rasa kebas dan sejuk sahaja.

Mole, Skin Tag, Xanthelasma Removal

  • Deskripsi: Buang ketumbuhan kulit kecil secara cepat dan tanpa parut besar.

  • Proses: Krim kebas, laser CO2 atau electrocautery, dressing.

  • Sebelum: Jangan calar kawasan, tiada make-up/lotion.

  • Selepas: Elak basah kawasan 24 jam, sapu antibiotik.

  • Bilangan Sesi: 1 sesi cukup.

  • Sesuai Untuk: Lelaki & wanita, semua peringkat umur.

  • Langkah Keselamatan: Dilakukan oleh doktor bertauliah, alat steril.

  • Soalan Lazim:

    • Ada parut? Minimum jika dijaga dengan betul.
    • Berulang ke? Tidak, biasanya sekali sudah cukup

PIGMENTATION
TREATMENT

Lihat Selanjutnya >>

REJUVENATING SKIN BOOSTERS

ANTI-AGING FACE LIFTING & WRINKLES

V-SHAPE
FACE SLIMMING

BODY SLIMMING TREATMENTS

ACNE & ACNE SCAR TREATMENTS

Kami Menggunakan Jenama Yang Dipercayai
Kelebihan Estetik Di Dahlia Wellness

Kenapa Anda Perlu Memilih Estetik Dahlia Wellness Sebagai Pilihan Utama?

  • Rawatan dijalankan oleh doktor estetik bertauliah (LCP Certified)
  • Pendekatan perubatan dan mesra pelanggan. konsultasi teliti sebelum rawatan
  • Teknologi terkini & selamat, setaraf klinik bandar besar
  • Suasana privasi & selesa, sesuai untuk wanita Muslimah
  • Gabungan rawatan estetik & kesihatan, hasil yang lebih menyeluruh dan tahan lama

Apa Kata Mereka?

“Saya buat Pico Laser di sini untuk jeragat yang degil. Selepas 3 kali rawatan, kulit nampak lebih cerah dan rata. Doktor explain semua dengan jelas dan tak push untuk ambil pakej.”

— Nadia, 34 Tahun, Pegawai Akaun

“PRP untuk rambut gugur sangat berkesan, lepas sesi kedua dah nampak baby hair keluar. Nurse pun sangat lembut dan tenang.”

— Fida, 40 Tahun, Usahawan

Perlukan Bantuan & Tempah Temujanji?

Hubungi Kami

Soalan Lazim Dahlia Estetika

Adakah rawatan estetik di sini dikendalikan oleh doktor?
Ya. Semua rawatan estetik dikendalikan atau diselia oleh doktor estetik bertauliah (LCP Certified) dari KKM. Kami tidak benarkan staf bukan perubatan melakukan prosedur invasif.
Perlukah konsultasi sebelum rawatan estetik seperti laser atau PRP?
Ya, konsultasi kulit wajib dilakukan sebelum sebarang rawatan estetik. Ini penting untuk tentukan rawatan sesuai, selamat dan beri hasil terbaik mengikut jenis kulit dan masalah anda.
Adakah rawatan laser menyakitkan? Ada downtime?
Kebanyakan laser hanya menyebabkan rasa hangat ringan atau sedikit pedih, dan downtime sangat minimum (1–3 hari kemerahan). Anda boleh terus bekerja selepas rawatan.
Berapa kerap rawatan seperti laser atau PRP perlu dilakukan untuk kesan terbaik?
Biasanya memerlukan 3–6 sesi, bergantung kepada jenis rawatan dan keadaan kulit/rambut. Sesi disusun setiap 2–4 minggu mengikut pelan rawatan yang disyorkan doktor.
Adakah produk yang digunakan untuk estetik & facial selamat dan sesuai untuk kulit sensitif?
Ya, kami hanya menggunakan produk profesional yang diuji klinikal dan sesuai untuk kulit sensitif, termasuk jenama yang hypoallergenic dan tanpa pewangi berbahaya. Kami akan uji patch test jika perlu.
"Healthcare that feels like family"
Alamat Klinik:
No 9, Jalan Chengal Baru 6, Pusat Perniagaan Chengal, 28000 Temerloh, Pahang
(Terletak di seberang Domino’s Pizza Chengal)
Waktu Operasi
Klinik:
Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
8:00am - 10:00pm
Estetik & Spa:
Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
10:00am - 6:30pm
Hubungi Kami:
Klinik : 011-5678 4934
Estetik & Spa : 011-5686 6560
Hak Cipta Terpelihara © 2025 Dahlia Clinic Temerloh